Collector
Sindiket seleweng diesel tumpas | Collector
Sindiket seleweng diesel tumpas
Sinar Harian

Sindiket seleweng diesel tumpas

PORT DICKSON – Kegiatan penyelewengan diesel ditumpaskan dalam serbuan sebuah premis di Mukim Jimah, Lukut pada awal pagi Sabtu.Serbuan kira-kira jam 2.18 pagi itu dijalankan Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan.Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Senior Asisten Komisioner Rosli Md Yusof berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat risikan yang diperoleh pihaknya."Pemeriksaan mendapati sebuah lori penggerak utama jenis Scania bersama treler sedang memindahkan diesel ke dalam tangki industri di premis berkenaan."Aktiviti tersebut dipercayai dilakukan tanpa kebenaran dan melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, dua lelaki berjaya ditahan bagi membantu siasatan melibatkan seorang warga tempatan berusia 36 tahun dan seorang warga Bangladesh berusia 24 tahun."Pemeriksaan lanjut turut membawa kepada rampasan sebuah lori bersama treler, peralatan pemindahan minyak, tangki simpanan serta anggaran lebih 1,000 liter cecair disyaki diesel."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM367,578 melibatkan kenderaan, minyak diesel dan peralatan yang digunakan," katanya.Menurut beliau, kesemua tangkapan dan barang rampasan telah diserahkan kepada KPDN Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961."Operasi ini dilaksanakan berasaskan pendekatan REFORM yang menekankan kerjasama strategik antara agensi penguat kuasa bagi memastikan tindakan lebih menyeluruh dan berimpak tinggi."Perkongsian maklumat risikan serta tindakan lapangan yang terselaras telah membawa kepada kejayaan tangkapan dan rampasan ini," katanya.Rosli berkata, pihaknya akan terus mempergiatkan operasi seumpama itu secara berterusan bagi membanteras sindiket penyelewengan petroleum."Usaha membanteras kegiatan ini tidak akan terhenti di sini, PSP bersama agensi berkaitan akan terus memperkukuh risikan dan operasi bagi memastikan sindiket terlibat dapat dibanteras sepenuhnya," ujarnya.

Go to News Site