Collector
Mangsa kedua pelajar dirempuh kereta guru dijangka jalani pembedahan tampalan telinga | Collector
Mangsa kedua pelajar dirempuh kereta guru dijangka jalani pembedahan tampalan telinga
Sinar Harian

Mangsa kedua pelajar dirempuh kereta guru dijangka jalani pembedahan tampalan telinga

KOTA BHARU – Mangsa kedua insiden dirempuh kereta yang dipercayai dipandu seorang guru di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada 12 April lalu dijangka menjalani satu lagi pembedahan membabitkan prosedur tampalan kulit pada bahagian cuping telinga di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada Isnin ini.Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Mohd Azman Yacob berkata, prosedur berkenaan akan dilakukan pakar bedah plastik selepas keadaan luka pelajar Tingkatan Satu, Zara Aftar Zamzuri, 13, menunjukkan perkembangan positif.Menurut beliau, sebelum ini pelajar terbabit telah menjalani pembedahan patah tulang kaki serta rawatan luka pada muka dan telinga minggu lalu."Alhamdulillah, pembedahan terdahulu berjalan dengan baik dan beliau kini telah dipindahkan ke Wad 10 iaitu wad kelas pertama di HRPZ II."Untuk minggu ini, perancangan seterusnya ialah melakukan prosedur grafting atau tampalan pada bahagian cuping telinga yang tercedera," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini pada Sabtu.Menurut beliau, kecederaan pada telinga mangsa agak serius kerana bahagian tersebut koyak selain dipenuhi kotoran jalan raya dan tar di lokasi kejadian.Ujarnya, pembedahan pertama sebelum ini melibatkan proses pembersihan menyeluruh bagi membuang kotoran serta tisu rosak sebelum rawatan lanjut dapat dilakukan.Dr Mohd Azman memberitahu, selepas luka bersih dan pertumbuhan tisu baharu menunjukkan perkembangan baik, barulah prosedur tampalan boleh dibuat.Dalam pada itu, beliau berkata, pihak hospital turut memberi tumpuan terhadap aspek emosi Zara susulan trauma dialami mangsa.Menurutnya, pasukan perubatan telah memulakan Psychological First Aid (PFA) atau Bantuan Awal Psikologi kepada mangsa serta ahli keluarganya secara berperingkat."Pakar psikiatri kanak-kanak juga terlibat untuk memastikan emosi beliau kembali stabil selepas kejadian yang berlaku secara tiba-tiba," katanya.Ujar beliau, Zara dijangka masih perlu berada di hospital untuk tempoh agak lama bagi memastikan semua luka sembuh sepenuhnya serta mengelakkan risiko jangkitan kuman terutama pada bahagian muka dan telinga.

Go to News Site