Sinar Harian
JOHOR BAHRU - Sebanyak 5,984 saman membabitkan nilai keseluruhan RM2.19 juta dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi operasi Penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura sejak 1 Julai 2025 hingga Khamis lalu.Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, sepanjang tempoh itu sebanyak 82,987 kenderaan Singapura diperiksa di luar Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) serta Taman Daya di sini.Menurutnya, notis saman dikeluarkan kepada pemilik atau pemandu kenderaan persendirian individu dan syarikat yang gagal mendaftar VEP, VEP tamat tempoh atau masih berstatus pradaftar."Kenderaan terbabit akan disaman dan diwajibkan membayar kompaun serta mendaftar VEP sebelum keluar dari Malaysia selaras Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyertai operasi bersepadu Penguatkuasaan VEP bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di susur keluar CIQ BSI pada malam Jumaat.Turut hadir, Ketua Pengarah KPDN, Datuk Azman Adam.Aedy Fadly berkata, sebanyak 391,007 tag RFID dikeluarkan setakat Khamis lalu dengan 322,048 kenderaan persendirian individu sudah aktif, manakala 14,771 belum diaktifkan."Bagi kenderaan persendirian syarikat pula, 47,496 tag aktif direkodkan manakala 7,792 lagi masih tidak aktif," ujarnya.Beliau berkata, pelaksanaan VEP diperkasa bagi memastikan tahap pematuhan tinggi dalam kalangan kenderaan asing serta mengekang ketirisan subsidi bahan api, khususnya petrol RON95."Kerjasama strategik ini turut melibatkan integrasi sistem VEP dan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) bagi membolehkan pengesanan masa nyata terhadap kenderaan asing."Melalui integrasi ini, data kenderaan termasuk profil pemilik dan rekod perjalanan dapat dikongsi antara agensi bagi meningkatkan kecekapan penguatkuasaan serta mengesan penyalahgunaan subsidi," katanya.Tambahnya, operasi bersepadu JPJ dan KPDN akan dipergiat serta diperluaskan ke sempadan utara negara bagi mengekang penyalahgunaan permit oleh kenderaan asing.
Go to News Site