Collector
Rumah Bangsa: Jafry tunggu laporan bekas pimpinan, ahli kembali kepada UMNO | Collector
Rumah Bangsa: Jafry tunggu laporan bekas pimpinan, ahli kembali kepada UMNO
Sinar Harian

Rumah Bangsa: Jafry tunggu laporan bekas pimpinan, ahli kembali kepada UMNO

KOTA KINABALU - Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin memaklumkan beliau belum menerima laporan berhubung bekas pimpinan atau ahli UMNO di negeri ini yang diterima semula menyertai parti itu menerusi inisiatif Rumah Bangsa.Menurutnya, perkara itu telah diserahkan kepada Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, dan laporan terperinci masih belum diterimanya."Saya belum mendapat laporan khas mengenai perkara itu, tetapi kita telah serahkan kepada Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut."Jadi, butirannya beliau masih belum laporkan kepada saya. Saya pasti beliau ada maklumat itu, tetapi saya tidak boleh dedahkan sekarang kerana belum menerima laporan lengkap daripada pengerusi," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan MATTA Fair Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Sabtu.Beliau sebelum itu diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang memaklumkan seramai 6,252 bekas pimpinan serta ahli di peringkat UMNO bahagian dan cawangan seluruh negara diterima semula masuk ke dalam parti.Bagaimanapun, beliau yakin memang terdapat bekas pimpinan atau ahli yang digantung telah memohon untuk kembali semula ke pangkuan UMNO."Saya pasti memang ada yang kembali. Nanti saya dapatkan butiran daripada Pengerusi Rumah Bangsa peringkat negeri," katanya.Sementara itu, ketika ditanya mengenai pertemuan UMNO Sabah dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Khamis lalu, Jafry menjelaskan ia hanya pertemuan biasa."Tiada apa-apa, itu hanya jamuan makan dan bertemu. Tentang Pilihan Raya Umum (PRU) belum disentuh mengenainya," katanya.

Go to News Site