Collector
Tuah pasangan doktor terima hadiah Rumah Terbuka Raya Mydin, F&N RM10,000 | Collector
Tuah pasangan doktor terima hadiah Rumah Terbuka Raya Mydin, F&N RM10,000
Sinar Harian

Tuah pasangan doktor terima hadiah Rumah Terbuka Raya Mydin, F&N RM10,000

KUALA KRAI - Niat sekadar membeli susu segar bernilai RM18 di Pasar Raya Mydin Tunjong di Kota Bharu memberi rezeki besar buat pasangan doktor dari Kampung Ngangah di sini apabila memenangi hadiah utama Rumah Terbuka Raya Mydin bersama F&N bernilai RM10,000.Hadiah diterima Dr Muhamad Asyraf Che Hashim, 32, dan isterinya, Dr Mahfuzah Md Junos, 33, sekali gus merealisasikan impian mereka untuk menganjurkan majlis Aidilfitri.Pengarah Eksekutif Mydin, Salim Mydin berkata, program tersebut julung kali dianjurkan hasil kerjasama dengan F&N bagi menyemarakkan kemeriahan hari raya.Menurut beliau, pihaknya menerima lebih 3,000 penyertaan di seluruh negara dengan hanya 10 pemenang di seluruh negara terpilih untuk menikmati tajaan rumah terbuka."Objektif utama adalah mengeratkan silaturahim dan menggalakkan masyarakat berkumpul serta meraikan Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan."Program seperti ini akan diteruskan pada masa hadapan dengan sokongan rakan strategik seperti F&N," katanya pada majlis penyampaian hadiah kepada pasangan berkenaan di Kampung Ngangoh di sini pada Sabtu.Beliau memaklumkan ketika ini rangkaian pasar raya itu mempunyai lebih 70 cawangan di seluruh negara.Menurutnya, di Kelantan sahaja terdapat lima cawangan sedia ada dan pihaknya merancang untuk memperluaskan operasi dengan membuka lebih banyak cawangan termasuk di setiap daerah secara berperingkat termasuk di Kuala Krai."Perluasan ini bagi memastikan masyarakat, khususnya di luar bandar lebih mudah mendapatkan barangan keperluan harian pada harga berpatutan," katanya.Sementara itu, Pengurus Akaun Utama F&N, Aaron Loo berkata, pihaknya menghargai kerjasama dengan Mydin dalam menjayakan kempen berkenaan."Kerjasama ini sempena sambutan hari raya memberi peluang kepada orang ramai meraikan detik bermakna bersama insan tersayang. Kami berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang," katanya.Dalam pada itu, Dr Muhamad Asyraf yang memenangi hadian kenduri Rumah Terbuka Raya tersebut disifatkan sebagai rezeki tidak disangka selepas dia hanya menyertai peraduan secara suka-suka ketika membeli susu kota segar bernilai RM18 di Mydin Tunjong, Kota Bharu.Menurutnya, konsep hadiah berupa tajaan rumah terbuka lebih bermakna berbanding wang tunai kerana memberi peluang mengumpulkan ahli keluarga dan rakan-rakan dalam suasana meriah."Ini kali pertama kami menganjurkan rumah terbuka. Memang ada niat sebelum ini tetapi kekangan masa."Jadi apabila menang, kami anggap ini rezeki untuk eratkan hubungan dengan keluarga dan sahabat," katanya menyediakan hidangan tajaan antaranya nasi minyak, ayam masak merah, daging masak hitam serta kambing golek.

Go to News Site