Collector
[VIDEO] Tak tahu lokasi stesen minyak jual RON97 alasan pemandu asing isi RON95 - KPDN | Collector
[VIDEO] Tak tahu lokasi stesen minyak jual RON97 alasan pemandu asing isi RON95 - KPDN
Sinar Harian

[VIDEO] Tak tahu lokasi stesen minyak jual RON97 alasan pemandu asing isi RON95 - KPDN

JOHOR BAHRU – Pemandu kenderaan asing yang cuba mengisi petrol RON95 di negara ini dikesan memberikan pelbagai alasan, termasuk mendakwa tidak mengetahui lokasi stesen minyak yang menjual RON97.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, alasan tersebut tidak munasabah memandangkan kebanyakan stesen minyak, khususnya di Johor, menyediakan RON97 yang dibenarkan untuk kenderaan asing.Menurutnya, sejak penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan bermula 1 April lalu, KPDN bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperketat operasi bagi memastikan larangan penjualan dan pembelian RON95 oleh kenderaan asing dipatuhi."Mereka ini biasanya akan menggunakan pelbagai alasan kononnya tidak tahu di mana stesen yang menjual RON97 sedangkan rata-rata stesen minyak kita ada menjual RON97 dan sangat banyak."Tidak ada alasan sebenarnya kepada mereka kerana undang-undang kita masih lagi membenarkan mereka mengisi RON97 untuk kenderaan bernombor pendaftaran asing ini," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Bukit Chagar di sini pada malam Jumaat.Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dan Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo.Beliau berkata, setakat ini sebanyak 31 kes melibatkan kenderaan asing mengisi RON95 dikesan, dengan satu kes berlaku pada 10 April lalu di Johor dan kini dalam proses akhir siasatan.Tambahnya, penguatkuasaan baharu turut membolehkan tindakan dikenakan terus kepada pemilik atau pemandu kenderaan asing, berbanding sebelum ini yang hanya tertumpu kepada pengusaha stesen minyak."Perkara tersebut mungkin disebabkan oleh jurang harga yang agak ketara. Kita faham harga petrol dalam negara kita sangat rendah berbanding dengan harga di negara jiran."Kita juga memperkenalkan pendekatan baharu dengan kerjasama industri minyak, di mana kad kredit dan kad debit asing tidak lagi boleh digunakan di terminal layan diri pam minyak bagi mengelakkan penyalahgunaan," jelasnya.Dalam pada itu, Azman memaklumkan kertas siasatan berhubung kes kenderaan dari Singapura yang disyaki mengisi petrol RON95 di bandar raya Johor Bahru pada 10 April lalu kini dalam tindakan Timbalan Pendakwa Raya (TPR)."Setakat ini, kertas siasatan tersebut berada dalam pertimbangan TPR, jadi kita akan tunggu keputusan daripada TPR sama ada dikompaun atau didakwa di mahkamah."Jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM1 juta bagi kesalahan tertentu, selain kompaun untuk individu," ujarnya.Pada 10 April lalu, seorang lelaki warga Singapura berusia lingkungan 50-an menjadi individu pertama ditahan di negeri ini susulan larangan pembelian petrol RON95 kepada kenderaan asing yang berkuat kuasa pada 1 April lalu.Lelaki itu ditahan menerusi operasi penguatkuasaan KPDN Johor di sebuah stesen minyak kira-kira jam 10 malam.

Go to News Site