Collector
PDRM tidak boleh cenderung kepada mana-mana parti | Collector
PDRM tidak boleh cenderung kepada mana-mana parti
Sinar Harian

PDRM tidak boleh cenderung kepada mana-mana parti

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh dilihat cenderung kepada mana-mana parti semata-mata dalam melaksanakan penguatkuasaan.Bekas Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat, Mohamad Shafiq Abdul Halim berkata, perkara itu penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi penguat kuasa kekal terpelihara.Menurutnya, laporan polis juga dibuat susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berhubung penggunaan undang-undang tertentu termasuk Akta Hasutan."Kami berpandangan Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mempunyai Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara kepada setiap rakyat," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media ‘Tutup Mulut = Bunuh Demokrasi’ Solidariti Influencer dan Pencipta Kandungan Malaysia di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Sabtu.Katanya, kebebasan bersuara tertakluk kepada undang-undang tertentu termasuk melibatkan aspek keselamatan negara, agama dan institusi raja."Namun, apa yang membimbangkan adalah apabila undang-undang ini dilihat digunakan terhadap pihak yang mengkritik dasar kerajaan."Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap sistem demokrasi negara," katanya.Dalam pada itu, beliau turut merujuk kepada satu kes melibatkan seorang individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kandungan media sosial yang tular."Tindakan penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara adil dan profesional tanpa sebarang persepsi berat sebelah."Tidak wajar situasi di mana individu yang mengkritik kerajaan diambil tindakan sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya.Beliau menegaskan, setiap rakyat mempunyai hak yang dijamin di bawah Perlembagaan termasuk kebebasan bersuara, namun ia perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab.Katanya, sekiranya terdapat kesalahan, siasatan dan pendakwaan perlu dilakukan secara telus mengikut saluran undang-undang yang ditetapkan.Dalam masa sama, beliau menggesa agar semua pihak menghormati peranan institusi penguat kuasa dalam memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.Tambahnya, keseimbangan antara kebebasan bersuara dan pematuhan undang-undang perlu diberi perhatian bagi menjamin keharmonian negara.Media sebelum ini melaporkan PDRM mengesan trend perdebatan di media sosial untuk menyebarkan hantaran atau komen berbaur hasutan serta provokatif mengenai dasar kerajaan dan isu semasa.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, perkara ini perlu dielakkan kerana ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian dalam ruang siber, tapi turut mewujudkan ekosistem maya yang tidak sihat.Menurutnya, perkara itu berpotensi mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat jika tidak dibendung melalui penguatkuasaan.Tegas Kumar, tindakan akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang.

Go to News Site