Collector
Peruntukan pembangunan Kelantan naik kepada RM8 bilion - PM | Collector
Peruntukan pembangunan Kelantan naik kepada RM8 bilion - PM
Sinar Harian

Peruntukan pembangunan Kelantan naik kepada RM8 bilion - PM

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan terus memperkukuhkan komitmen pembangunan di Kelantan apabila meningkatkan peruntukan kepada negeri ini daripada RM3.19 bilion kepada RM8 bilion.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan dilakukan beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu sekali gus membuktikan dakwaan kononnya kerajaan meminggirkan Kelantan adalah tidak berasas."Kalau masih ada yang kata kita tidak beri peruntukan, buka buku dan lihat sendiri. Kita naikkan daripada RM3.19 bilion kepada RM8 bilion," katanya ketika berucap pada Mini Konvensyen Keadilan Kelantan 2026 di sini pada Sabtu.Beliau turut mengumumkan tambahan peruntukan RM20 juta khusus untuk membantu golongan termiskin di negeri itu, tanpa mengira latar belakang politik."Ada saya tanya dia parti mana? Tidak. Asalkan dia dalam kategori miskin, kita bantu," ujarnya.Anwar memberitahu, bantuan tersebut akan disalurkan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Kerajaan Persekutuan bagi memastikan agihan lebih tersusun dan berkesan.Tegasnya, isu kemiskinan bukan hanya masalah negeri, sebaliknya tanggungjawab bersama di peringkat nasional."Masalah ini masalah negara, bukan semata-mata masalah Kelantan," katanya.Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa pendekatan tadbir urus baik menjadi asas kepada keupayaan kerajaan meningkatkan peruntukan serta menyelesaikan isu rakyat."Bila kita urus negara dengan baik, kita mampu tambah peruntukan dan selesaikan masalah rakyat," ujarnya.

Go to News Site