Collector
'Ketua cabang malas, ambil cuti sekarang' - Anwar | Collector
'Ketua cabang malas, ambil cuti sekarang' - Anwar
Sinar Harian

'Ketua cabang malas, ambil cuti sekarang' - Anwar

KOTA BHARU - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar ketua-ketua cabang yang gagal menggerakkan parti supaya bercuti dari jawatan mereka dan beri laluan kepada pimpinan lebih komited.Beliau berkata, pemimpin di peringkat cabang tidak boleh terus berada dalam zon selesa, sebaliknya perlu bekerja keras menambah keahlian, mengaktifkan mesyuarat serta mendekati rakyat.Menurutnya, kegagalan sesetengah cabang menunjukkan prestasi memberangsangkan membuktikan masih ada pimpinan yang lemah, malas dan tidak serius memikul amanah parti."Anggota dua tahun lalu 30,000 orang, sekarang pun 32,000. Mesyuarat sebulan sekali pun malas. Jadi ketua-ketua cabang ini kalau malas, cuti... tak payah pegang jawatan, ambil cuti."Setiausaha Agung diberi kuasa penuh untuk menilai. Nak pimpin, buat cara pimpin," katanya ketika berucap pada Mini Konvensyen Keadilan Kelantan 2026 di sini pada Sabtu.Anwar memberitahu, negara memerlukan pemimpin yang sedar tanggungjawab, ikhlas membela rakyat dan sanggup bekerja untuk mengangkat martabat negara.Menurut beliau, budaya berebut jawatan ketika pemilihan tetapi gagal melaksanakan tugas selepas menang perlu dihentikan segera."Ini ke arah jawatan berebut, 90 orang mati-mati mahu jawatan. Masa pemilihan semua bangun, tidur pukul dua tiga pagi. Dah menang, orang telefon tak jawab. WhatsApp pun tak baca. Meeting pun tak mahu pergi."Betul tak saya cakap? Ada tak di Kelantan macam itu? Ada!" katanya.Beliau menegaskan, PKR bukan milik mana-mana individu sebaliknya milik rakyat dan mereka yang benar-benar mahu berjuang membela nasib masyarakat."Siapa nak jadi calon, kerjalah. Parti ini bukan hak mana-mana seorang. Parti ini hak rakyat. Parti ini hak mereka yang mahu bekerja dan berjuang angkat nasib rakyat," ujarnya.Dalam masa sama, Anwar mengingatkan pimpinan yang sudah keletihan supaya berehat sementara dan tidak terus memegang jawatan tanpa memberi sumbangan berkesan.Katanya, parti memerlukan jentera yang aktif dan bersedia membawa perubahan, khususnya dalam usaha memperkukuh PKR di Kelantan.

Go to News Site