Sinar Harian
SHAH ALAM - Hari pertama diterima semula sebagai ahli UMNO, bekas Ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin pulang ke Sungai Buloh bertemu kepimpinan bahagian.Khairy berkata, kepulangannya di bahagian tersebut merupakan langkah awal untuk kembali aktif bersama akar umbi."Saya diterima kembali sebagai ahli UMNO, terus pulang ke Sungai Buloh bertemu kepimpinan bahagian."Di sebelah saya ini Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, ini bos saya. Terima kasih kerana boleh terima saya kembali."Terubat rindu nak berkumpul begini, bersama mereka yang sentiasa ada di lapangan. Semoga ini menjadi titik permulaan untuk kita bangkit semula dengan lebih kuat dan bersatu di bawah UMNO," katanya menerusi perkongsian video di Facebook pada Sabtu.Pada Jumaat, Ahmad Zahid mengumumkan UMNO bersetuju menerima semula tanpa syarat mana-mana ahli yang digantung, dipecat atau keluar parti atas apa-apa jua faktor, seperti diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Melaka.Selain Khairy, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar turut antara 6,252 bekas pemimpin serta ahli di peringkat bahagian dan cawangan seluruh negara yang diterima kembali ke pangkuan parti.Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh, Datuk Megat Firdouz Megat Junid berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kepulangan bekas Ketua Pemuda UMNO yang disifatkan sebagai satu langkah positif buat parti."Kami bersyukur saudara Khairy sudah kembali ke Sungai Buloh. Terima kasih kerana kembali semula bersama kami," katanya.
Go to News Site