Sinar Harian
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengaut habuan AS$1.7 juta (RM6.72 juta) meskipun tersingkir di pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).Dalam aksi yang berlangsung di Stadium King Abdullah Sports City, Jeddah pada Jumaat, Harimau Selatan terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 kepada juara bertahan dari Arab Saudi, Al-Ahli.Bagaimanapun, kekecewaan itu sedikit terubat apabila mengambil kira jumlah keseluruhan wang tunai yang berjaya dibawa pulang sejak saingan peringkat kumpulan bermula.Berdasarkan pecahan hadiah kemenangan, JDT telah menerima AS$800,000 sebagai yuran penyertaan awal.Selain itu, tiga kemenangan yang dicatatkan di peringkat liga membolehkan Harimau Selatan menambah koleksi pendapatan sebanyak AS$300,000.Kejayaan cemerlang melangkah ke pusingan 16 terakhir pula menyaksikan JDT dibayar AS$200,000 manakala bonus tambahan sebanyak AS$400,000 diberikan sebaik sahaja mereka mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir.Biarpun gagal melangkah lebih jauh ke separuh akhir, persembahan yang dipamerkan oleh Harimau Selatan di pentas elit itu mendapat pujian ramai peminat bola sepak.Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan kelab dari selatan tanah air itu kini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan gergasi-gergasi besar Asia yang lain.
Go to News Site