Collector
200 rumah atas air hangus dalam kebakaran | Collector
200 rumah atas air hangus dalam kebakaran
Sinar Harian

200 rumah atas air hangus dalam kebakaran

SANDAKAN - Kira-kira 200 rumah di perkampungan atas air di Kampung Bahagia di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku setakat ini.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 pagi sebelum menggerakkan operasi pemadaman.Beliau berkata, seramai 30 anggota dikerahkan termasuk bantuan dari BBP Kinabatangan bagi mengawal kebakaran."Menurut laporan, kebakaran melibatkan 200 rumah kediaman atas air jenis tidak kekal dan musnah 100 peratus."Pasukan bomba menghadapi kesukaran berikutan keadaan jalan yang sempit menghalang pergerakan jentera ke lokasi kejadian. "Selain itu keadaan air laut yang surut menyukarkan usaha mendapatkan sumber bekalan air terbuka dan faktor angin kencang serta kedudukan rumah yang rapat menyebabkan api merebak dengan cepat," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pasukan bomba menggunakan sumber air dari tangki serta pili bertekanan milik kilang berhampiran bagi memadam kebakaran."Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan kebakaran belum dapat dikawal sepenuhnya."Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

Go to News Site