Collector
Serangan pembangkang cubaan tutup kelemahan - ADUN Hulu Kinta | Collector
Serangan pembangkang cubaan tutup kelemahan - ADUN Hulu Kinta
Sinar Harian

Serangan pembangkang cubaan tutup kelemahan - ADUN Hulu Kinta

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad menyifatkan serangan pembangkang terhadapnya susulan perbahasan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini sebagai cubaan menutup kelemahan sendiri.Menurut beliau, tindakan pihak pembangkang yang memanipulasi petikan video ucapannya dan menularkan di media sosial jelas menunjukkan kegusaran mereka terhadap isu yang dibangkitkan."Memang jelas, serangan itu bertujuan untuk mengalih perhatian daripada kelemahan pembangkang di Perak."Saya percaya mereka risau apabila saya mula menyentuh pelbagai perkara berkaitan prestasi dan keadaan sebenar pembangkang, lalu isu lain diketengahkan untuk menutup kelemahan tersebut," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Rakyat ADUN Hulu Kinta dengan kerjasama Parlimen Tambun di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Muhamad Arafat menjelaskan bahawa perbandingan yang dibuat dalam sidang DUN antara Perak dan Kedah adalah bertujuan memberi gambaran jelas kepada rakyat mengenai prestasi pentadbiran negeri.Katanya, langkah itu juga dibuat susulan cabaran pembangkang sendiri yang mahu diberi peluang mentadbir Perak pada masa hadapan."Bila mereka minta rakyat beri peluang, kita bandingkan dengan negeri yang mereka tadbir. Kita lihat dari segi pelaburan, kutipan hasil dan kebajikan rakyat."Walaupun ada negeri mencatat pelaburan lebih tinggi, namun Perak menunjukkan prestasi lebih baik dari segi lebihan kewangan dan bantuan kepada rakyat," katanya.Beliau turut mendakwa pembangkang hanya mengambil sebahagian kecil daripada ucapannya untuk disebarkan sehingga menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.Dalam pada itu, Muhamad Arafat mendakwa pembangkang di Perak kini berada dalam keadaan tidak stabil dan bercelaru sehingga gagal memainkan peranan semak dan imbang dengan berkesan.Menurutnya, situasi dalaman melibatkan kepimpinan serta hubungan antara parti dalam blok pembangkang dilihat semakin meruncing."Keadaan ini menyebabkan mereka tidak fokus kepada kepentingan rakyat, sebaliknya lebih banyak bertelagah sesama sendiri."Kita sebenarnya mahu pembangkang yang kuat supaya wujud semak dan imbang yang baik, tetapi apa yang berlaku sekarang sebaliknya," katanya.Sehubungan itu, beliau berharap pembangkang dapat memperkukuh organisasi dan kembali memainkan peranan secara konstruktif demi kepentingan negeri dan rakyat.Khamis lalu, DUN Perak kecoh apabila Muhamad Arafat membuat perbandingan dari segi kutipan hasil serta pelaburan di antara Perak dan Kedah.

Go to News Site