Collector
Kebetulan beli makanan, bomba selamatkan dua wanita dalam kebakaran gerai | Collector
Kebetulan beli makanan, bomba selamatkan dua wanita dalam kebakaran gerai
Sinar Harian

Kebetulan beli makanan, bomba selamatkan dua wanita dalam kebakaran gerai

PENDANG – Tindakan pantas dua pegawai bomba berjaya menyelamatkan dua wanita termasuk seorang warga emas dalam kebakaran sebuah gerai makan di medan selera berhampiran Masjid Al Falah, Felda Sungai Tiang di sini pada petang Sabtu. Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, kebakaran dipercayai berpunca daripada hos gas yang tercabut ketika proses memasak sehingga menyebabkan api marak secara tiba-tiba di bahagian dapur gerai berkenaan.Dua pegawai bomba terbabit, Muhammad Athir Maula Esaha dan Mohamad Anas Elyas kebetulan berada di premis tersebut untuk membeli makanan selepas selesai tugasan berkaitan pertandingan Kadet Bomba peringkat negeri Kedah. Menyedari kejadian itu, kedua-duanya segera bertindak melakukan operasi menyelamat.Mohamad Anas berkata, pada awalnya mereka menyangka api yang marak adalah sebahagian daripada aktiviti memasak sebelum menyedari situasi sebenar yang semakin tidak terkawal."Kebakaran itu turut menghalang laluan keluar apabila api marak di bahagian hadapan pintu, manakala pintu kabin gerai didapati terkunci dan sukar dibuka, menyebabkan dua mangsa terperangkap dalam keadaan panik," katanya.Beliau berkata, tindakan menyelamat dilakukan dengan membantu mengeluarkan mangsa ke kawasan selamat sebelum api dipadamkan menggunakan alat pemadam api yang diperoleh di lokasi. Katanya, operasi pemadaman dilakukan secara taktikal dengan pendekatan menyelamat dan mengawal kebakaran bagi mengelakkan api terus merebak.Kedua-dua mangsa dilaporkan hanya mengalami luka ringan dan berada dalam keadaan selamat.

Go to News Site