Collector
CAAM kuat kuasa pematuhan QoS kendali bagasi penumpang | Collector
CAAM kuat kuasa pematuhan QoS kendali bagasi penumpang
Sinar Harian

CAAM kuat kuasa pematuhan QoS kendali bagasi penumpang

PUTRAJAYA - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang menguatkuasakan pematuhan terhadap standard Kualiti Perkhidmatan (QoS) susulan gangguan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Sabtu.CAAM dalam kenyataan memaklumkan tindakan pengawalseliaan dan penguatkuasaan yang sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan."Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) diingatkan untuk mematuhi piawaian QoS yang telah ditetapkan, termasuk kecekapan pengendalian bagasi penumpang yang tepat pada masanya."MAHB juga dikehendaki melaksanakan langkah pembetulan dan pencegahan yang perlu bagi mengelakkan kejadian berulang," katanya pada Ahad.Dalam perkembangan sama, CAAM mengesahkan operasi termasuk daftar masuk dan pelepasan di KLIA Terminal 1 telah stabil dan kembali seperti biasa."Sebagai pengawal selia penerbangan, CAAM telah melaksanakan pemantauan rapi terhadap proses pemulihan dan terus berinteraksi dengan MAHB serta syarikat-syarikat penerbangan."Perkara itu adalah bagi memastikan penstabilan operasi sepenuhnya dan pematuhan terhadap semua piawaian keselamatan dan perkhidmatan yang berkenaan," katanya.CAAM kekal komited untuk menegakkan standard tertinggi dari segi keselamatan, kualiti perkhidmatan dan kecekapan dalam sektor penerbangan negara, serta akan terus memastikan akauntabiliti dalam kalangan semua entiti yang dikawal selia.

Go to News Site