Collector
Penjaga rumah penampungan, 74 migran ditahan | Collector
Penjaga rumah penampungan, 74 migran ditahan
Sinar Harian

Penjaga rumah penampungan, 74 migran ditahan

LUMUT - Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berperanan sebagai penjaga rumah penampungan bersama 74 migran dalam operasi di Bandar Baru Segari di sini pada Sabtu.Operasi bersepadu di bawah Op Taring Landai itu dijalankan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dari Unit Risikan Marin Kampung Acheh.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, serbuan berjaya mengesan sindiket penyeludupan migran pendatang asing tanpa izin (PATI) melibatkan warga Indonesia dan Bangladesh."Dalam operasi tersebut, polis telah menyerbu dua premis berasingan dan menahan dua lelaki warga Indonesia yang bertindak sebagai transporter."Turut ditahan ialah 45 lelaki dan 25 wanita bersama dua kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 57 tahun," katanya dalam satu kenyataan media di sini pada Ahad.Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan telah dibawa ke IPD Manjung untuk tindakan lanjut.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam supaya menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan PATI kepada pihak polis.Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi membantu usaha membanteras jenayah penyeludupan PATI.

Go to News Site