Collector
Tujuh lelaki berlagak, berpakaian wanita didakwa | Collector
Tujuh lelaki berlagak, berpakaian wanita didakwa
Sinar Harian

Tujuh lelaki berlagak, berpakaian wanita didakwa

KOTA BHARU - Seramai tujuh lelaki yang berlagak seperti perempuan dengan berpakaian wanita di dalam dewan serbaguna sebuah apartmen di Jalan Mahmood di sini tahun lalu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Ahad.Kesemua lelaki berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Syarie, Zahari Mohd Yusoff.Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa memakai pakaian wanita termasuk skirt paras paha, kasut tumit tinggi, seluar ketat serta berambut sanggul dalam satu perhimpunan di dewan serbaguna apartmen berkenaan kira-kira jam 11 malam pada 30 Mei 2025.Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Kelantan, Shamsiah Hassan, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam syarie, Muhammed Syarafi Mohd Salleh bersama Mohd Faqqhuruddin Mohd Nasir dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani.Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 5 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.Sementara itu, Muhammed Syarafi memaklumkan kesemua anak guamnya telah membayar jaminan yang ditetapkan.Katanya, mahkamah bersetuju agar prosiding perbicaraan dijalankan bersama enam lagi individu yang telah lebih awal didakwa atas pertuduhan sama.Terdahulu, ketujuh-tujuh tertuduh merupakan sebahagian daripada 13 lelaki yang ditahan dalam serbuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama polis di sebuah apartmen di Jalan Mahmood pada 30 Mei tahun lalu hasil maklumat awam.

Go to News Site