Collector
'Lebih 6,000 mohon sertai semula UMNO, permudah urusan secara digital' - Ahmad Zahid | Collector
'Lebih 6,000 mohon sertai semula UMNO, permudah urusan secara digital' - Ahmad Zahid
Sinar Harian

'Lebih 6,000 mohon sertai semula UMNO, permudah urusan secara digital' - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR - UMNO merekodkan sebanyak 6,252 permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, selain permohonan daripada ahli baharu.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan trend tersebut sebagai satu perkembangan positif bagi parti berkenaan.Beliau turut mendedahkan beberapa nama besar yang telah menyatakan hasrat untuk kembali, antaranya termasuk bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.Menurut Ahmad Zahid, pihak parti kini mempermudah proses kemasukan semula, di mana pemohon hanya perlu menulis surat menyatakan hasrat mereka untuk diberikan kelulusan segera."Majlis Tertinggi telah membuat keputusan bahawa pemohon-pemohon ini tidak lagi perlu dirujuk kepada Majlis Tertinggi oleh Jawatankuasa Rumah Bangsa."Kita telah memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Khaled Nordin untuk meluluskan permohonan tersebut secara serta-merta," ujarnya pada Majlis Perasmian RisSMart Grocer di Kwasa Damansara, di sini pada Ahad.Hadir sama Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib; Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar serta Ketua Pengarah RISDA, Zainal Azni Zulkifli.Mengulas lanjut mengenai strategi menarik golongan muda, Ahmad Zahid berkata, UMNO kini memperkenalkan sistem permohonan dalam talian sepenuhnya bagi menggantikan kaedah konvensional yang dianggap rumit.Beliau menjelaskan bahawa sebelum ini pemohon terpaksa melalui birokrasi yang panjang melibatkan peringkat cawangan, bahagian, negeri sehingga ke ibu pejabat."Proses lama ini tidak disukai oleh anak-anak muda. Sebagai ‘game changer’, mereka kini boleh memohon terus ke ibu pejabat secara dalam talian dan kad keahlian digital akan dikeluarkan hampir serta-merta," jelas beliau.Ahmad Zahid turut mengesahkan terdapat ramai bekas ahli UMNO yang kini berada dalam parti lain, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), telah bertemu dengannya secara tidak rasmi untuk menyuarakan hasrat kembali kepada UMNO.Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan identiti individu berkenaan bagi menjaga maruah mereka."Kita mengalu-alukan semua pihak untuk menyertai UMNO melalui Rumah Bangsa tanpa sebarang syarat," tambahnya.

Go to News Site