Collector
Peserta konvoi maut kemalangan | Collector
Peserta konvoi maut kemalangan
Sinar Harian

Peserta konvoi maut kemalangan

IPOH – Perjalanan konvoi sekumpulan penunggang motosikal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang ke Sungkai berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 281.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini pada Sabtu.Mangsa, Mohamad Irfan Noor Azam, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu kira-kira jam 11.45 pagi.Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 54 tahun sedang bergerak lurus di lorong kiri dari arah Bercham menuju ke Kuala Lumpur."Pada masa sama, motosikal jenis Yamaha Y16ZR yang ditunggang mangsa dari arah belakang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian bucu kanan belakang lori tersebut."Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh bagi tujuan bedah siasat.Tambahnya, kedua-dua kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan di Puspakom, selain pemandu lori akan menjalani ujian saringan air kencing sebagai sebahagian daripada siasatan.Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Go to News Site