Collector
Lima sekeluarga cemas sangka rumah dipecah masuk rupanya 'jerat sendiri' | Collector
Lima sekeluarga cemas sangka rumah dipecah masuk rupanya 'jerat sendiri'
Sinar Harian

Lima sekeluarga cemas sangka rumah dipecah masuk rupanya 'jerat sendiri'

MELAKA – Lima sekeluarga berdepan detik cemas selepas menyangka rumah mereka di Taman Desa Bertam, di sini, dipecah masuk individu tidak dikenali dalam kejadian awal pagi Ahad.Kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu bagaimanapun disahkan sebagai salah faham selepas pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut kira-kira jam 1.50 pagi susulan panggilan kecemasan yang dibuat oleh jiran mangsa."Siasatan awal mendapati, keluarga berkenaan keluar dari rumah sekitar jam 9 malam pada Sabtu sebelum meletakkan cawan kaca di tombol pintu dapur sebagai petunjuk sekiranya berlaku pencerobohan."Apabila mereka pulang kira-kira jam 12.30 tengah malam, bunyi kaca pecah didengari dari bahagian dapur sehingga menimbulkan syak bahawa rumah dimasuki orang," katanya.Menurutnya, panik dengan situasi itu, penghuni rumah bertindak keluar semula dan meminta bantuan jiran untuk menghubungi pihak polis.Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Tanjung Minyak yang tiba di lokasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan menyeluruh, namun tidak menemui sebarang tanda pecah masuk atau kehadiran individu mencurigakan."Hasil siasatan lanjut mendapati tiada kerugian dilaporkan dan keadaan dalam rumah juga tidak berselerak."Kemungkinan bunyi kaca pecah itu berpunca daripada gegaran kuat di kawasan berhampiran, dipercayai akibat enjin kenderaan milik jiran yang dihidupkan," katanya.Tambah beliau, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah berkenaan turut mendapati pergerakan yang disangka mencurigakan sebenarnya melibatkan jiran di kawasan berhampiran.Kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dan tiada sebarang suspek terlibat.

Go to News Site