Sinar Harian
SHAH ALAM - Seorang banduan warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April lalu, berjaya ditangkap semula di Jalan Batu 14, Jalan Gombak Lama pada Sabtu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, banduan berkenaan diberkas kira-kira jam 5 petang."Pihak polis merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang membantu sehingga banduan tersebut berjaya ditangkap bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Media sebelum ini melaporkan, polis telah memperhebat operasi memburu dan menjejaki tahanan reman berusia 24 tahun itu.Tahanan itu ialah Muhammad Hassan yang menghadapi beberapa pertuduhan termasuk kes seksual di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak selain Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.
Go to News Site