Collector
Banduan Pakistan sembunyi dalam hutan, tapak pembinaan sebelum diberkas | Collector
Banduan Pakistan sembunyi dalam hutan, tapak pembinaan sebelum diberkas
Sinar Harian

Banduan Pakistan sembunyi dalam hutan, tapak pembinaan sebelum diberkas

PUTRAJAYA – Seorang banduan warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April lalu, bersembunyi di dalam hutan dan kawasan tapak pembinaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa sebelum berjaya diberkas pada Sabtu.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata,  suspek ditahan kira-kira jam 5 petang hasil risikan selama enam hari serta perkongsian maklumat perisikan daripada Kedutaan Pakistan."Sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia berjaya mengesan lelaki terbabit di Kilometer 24, Batu 14, Jalan Gombak Lama."Hasil pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah. Semasa kejadian, dia cuba melarikan diri, namun berjaya digagalkan oleh pasukan operasi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Zakaria berkata, siasatan awal seterusnya mendapati suspek mengaku telah melarikan diri ketika turun daripada trak polis."Sepanjang tempoh tujuh hari meloloskan diri, suspek mengaku bersembunyi di dalam hutan di sekitar kawasan tapak pembinaan pada waktu siang."Dia menyelinap masuk ke dalam tapak pembinaan pada waktu malam untuk berlindung dan bermalam berikutan risiko keselamatan serta ancaman binatang buas," katanya.Menurutnya, selain itu, bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa, suspek memakai pakaian yang dicuri daripada kawasan pembinaan."Semakan lanjut mendapati suspek memasuki negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11 Januari 2025 menggunakan Pas Lawatan Sosial selama 30 hari."Proses pengecaman oleh wakil Kedutaan Pakistan mengesahkan lelaki terbabit merupakan individu yang melarikan diri daripada tahanan polis," katanya.Beliau berkata, suspek kini ditahan di Depot Imigresen bagi siasatan lanjut dan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.Media sebelum ini melaporkan bahawa polis telah memperhebat operasi memburu dan menjejaki tahanan reman berusia 24 tahun itu.Tahanan itu ialah Muhammad Hassan yang menghadapi beberapa pertuduhan termasuk kes seksual di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak selain Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Go to News Site