Collector
DSA, NATSEC Asia 2026 platform strategik Maritim Malaysia perkukuh kerjasama antarabangsa | Collector
DSA, NATSEC Asia 2026 platform strategik Maritim Malaysia perkukuh kerjasama antarabangsa
Sinar Harian

DSA, NATSEC Asia 2026 platform strategik Maritim Malaysia perkukuh kerjasama antarabangsa

KUALA LUMPUR - Penyertaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2026 menjadi platform strategik dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa serta mengetengahkan keupayaan agensi itu di peringkat global.Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, penyertaan kali ketujuh Maritim Malaysia itu bukan sekadar pameran aset, sebaliknya memberi tumpuan kepada tahap kesiapsiagaan dan keupayaan agensi dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang serta mempertahankan kedaulatan Zon Maritim Malaysia."Penyertaan tersebut juga berperanan sebagai medium penting dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap peranan, fungsi dan perkembangan semasa Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Pameran yang berlangsung dari 20 hingga 23 April bertempat di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu bakal menghimpunkan pemain industri pertahanan dan keselamatan dari dalam dan luar negara.Mohd Rosli berkata, dalam masa sama, penyertaan itu turut dimanfaatkan sebagai wadah untuk menilai teknologi serta sistem terkini yang berpotensi memperkasakan keupayaan operasi agensi, khususnya dalam menghadapi ancaman rentas sempadan yang semakin kompleks.DSA dan NATSEC Asia 2026 turut menjadi medan strategik bagi memperluas kerjasama antarabangsa apabila Maritim Malaysia dijadual mengadakan beberapa pertemuan bersama delegasi luar negara, bagi membincangkan isu keselamatan perairan serta memperkukuh kawalan sempadan negara secara lebih bersepadu.

Go to News Site