Sinar Harian
PUTRAJAYA - Air mata menitis ketika melihat seorang ibu memeluk erat anak lelakinya yang dituduh di mahkamah kerana mengedar dadah menjadi antara detik hiba tidak dapat dilupakan.Biarpun nampak tegas dalam usia 64 tahun, sosok bekas pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Raja Abdul Aziz Raja Ahmad yang dibesarkan di Port Dickson, Negeri Sembilan itu nyata menyimpan 1,001 kisah untuk diceritakan.Menceritakan kisah itu, Raja Abdul Aziz berkata, kejadian berlaku sekitar awal tahun 2000."Ketika itu saya ditugaskan sebagai pegawai pendakwa kastam bagi sebutan kes pengedaran 30 kilogram (kg) ganja membabitkan dua lelaki berusia lingkungan 20-an di Mahkamah Majistret Johor Bahru."Apa yang menyentuh hati apabila ibu kepada seorang suspek hadir sebelum meluru di pekarangan mahkamah memeluk dan mencium kaki anaknya."Menitis air mata saya masa itu. Sampai sekarang saya ingat nama lelaki (suspek) itu yang dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada Sinar Harian.Tambahnya, kedua-dua suspek sebelum itu ditahan selepas cuba meloloskan diri semasa sekatan jalan raya dijalankan JKDM Johor di Skudai.Menceritakan pengalaman lain semasa menghadiri mahkamah sebagai saksi perbicaraan, beliau berkata, terdapat seorang tahanan kes edar dadah merayu agar tempoh hukuman penjaranya dikekalkan bagi membolehkannya menghafaz al-Quran."Masa itu saya berdepan dengan peguam terkenal, Karpal Singh (mendiang Datuk Seri Karpal Singh)."Tahanan lelaki itu merayu minta dapat duduk lama di Penjara Simpang Renggam kerana mahu menghabiskan hafazan al-Quran," ujarnya.Mengimbas ketika mula bergelar agensi penguat kuasa itu, Raja Abdul Aziz berkata, beliau menyertai JKDM pada April 1990 ketika usia 28 tahun kerana minat dalam badan beruniform."Saya memulakan tugas sebagai penguasa JKDM di Johor di Bahagian Import sebagai pegawai penaksir sebelum bertukar ke beberapa bahagian termasuk penguatkuasaan."Semasa di sekolah (Sekolah Menengah Inggeris Port Dickson), saya ahli Kadet Polis."Masa itu memang minat dalam badan uniform ini sebab kita akan kelihatan segak serta berdisiplin," ceritanya.CabaranKetika ditanya apakah cabaran dalam menguatkuasakan undang-undang, beliau tanpa ragu berkongsikan kes kediamannya di Johor disimbah cat merah sebanyak dua kali dalam sebulan pada Februari 2014."Rumah rosak dan kereta habis disimbah cat merah."Kes berlaku selepas saya ditugaskan bagi mengetuai custom border management di Gelang Patah dan berjaya menangkap sindiket penyeludupan arak," katanya.Bapa lima anak itu berkata, cabaran lain didepaninya seperti diekori tonto sindiket setiap kali pergi dan pulang kerja."Pada April 2014, ketika sedang memandu dan berada di persimpangan lampu isyarat di Gelang Patah, sebuah Toyota Hilux di sebelah saya tiba-tiba cuba menghimpit tetapi melanggar kereta lain di hadapan."Susulan beberapa insiden itu dan sebagai langkah keselamatan diri dan keluarga, saya buat laporan polis. Pegawai polis banyak membantu saya," katanya.AgresifSepanjang bertugas di JKDM Johor, beberapa modus operandi sindiket dikesan antaranya menggunakan nombor plat palsu pada lori membawa barangan seludup seperti rokok dan arak selain khidmat tonto 24 jam.Kata beliau, sindiket akan bertindak agresif sekiranya menyedari aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa."Mereka akan study bagaimana pergerakan kita dan pastikan tidak ada halangan termasuklah ketika melalui pemeriksaan di pintu masuk sah."Pernah ada kejadian kira-kira jam 10.30 pagi pada April 2022 ketika saya dan anggota mengejar sebuah lori bonded membawa arak seludup."Lori dipandu lelaki tempatan itu bertindak agresif hingga kenderaan kami dan kereta polis yang membantu dalam operasi itu rosak dilanggar lori terbabit," ujarnya.NasihatDalam pada itu, beliau sempat memberikan nasihat kepada setiap pegawai JKDM supaya menyematkan diri dengan ilmu perkastaman dan integriti.Jelasnya, tugas sebagai penguat kuasa memerlukan integriti dalam meningkatkan keyakinan masyarakat."Masyarakat tahu dengan siapa mereka nak salurkan maklumat kalau integriti itu ada."Jangan jadi pengkhianat kepada negara," ujarnya.Beliau turut berkongsi satu pesanan daripada bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang masih kekal dalam ingatannya."Beliau berpesan pada saya 'jangan prasangka dengan ALLAH'," tambahnya.
Go to News Site