Collector
Remaja lemas, seorang lagi hilang bot karam ketika memancing | Collector
Remaja lemas, seorang lagi hilang bot karam ketika memancing
Sinar Harian

Remaja lemas, seorang lagi hilang bot karam ketika memancing

KOTA BELUD - Seorang remaja maut manakala seorang lagi masih hilang selepas bot dinaiki terbalik dan karam akibat dipukul ombak dalam kejadian di muara sungai Kampung Tamau Batu Gadung di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 petang, mangsa yang maut berusia 18 tahun dibawa ke Hospital Kota Belud namun disahkan meninggal dunia manakala rakannya, Mohammad Iqram Jumaat, 23, masih belum ditemui.Selain itu, terdapat enam lagi individu lain bersama mereka namun berjaya menyelamatkan diri masing-masing.Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elgie Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.19 petang.Katanya, seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 13 kilometer dari BBP Kota Belud."Menurut maklumat daripada pengadu, kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang di mana sebuah bot yang dinaiki lapan individu telah keluar untuk aktiviti memancing."Difahamkan bot tersebut telah dipukul ombak lalu terbalik dan menyebabkan kesemua mereka jatuh ke muara sungai tersebut."Seramai enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai manakala dua lagi dilaporkan hilang dan dipercayai lemas," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Susulan kejadian itu, Elgie berkata, pasukannya yang telah berada di lokasi segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa."Operasi dijalankan di kawasan sekitar lokasi bot karam dengan menyusuri sepanjang tebing sungai tersebut."Pada jam 9.50 malam, seorang mangsa telah ditemui oleh orang awam kira-kira 700 meter dari lokasi bot mereka yang karam."Mangsa segera dihantar ke hospital namun telah disahkan meninggal dunia," katanya.Katanya, seorang lagi mangsa masih hilang dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa."Tiada Rangkaian Radio Bersepadu Kerajaan (GIRN) di lokasi kejadian dan liputan talian telefon turut terhad namun maklumat akan dikemaskini kelak," katanya.

Go to News Site