Sinar Harian
KRISIS tenaga global yang semakin meruncing ketika ini bukan sahaja memberi kesan kepada negara-negara besar, malah turut dirasai oleh Malaysia apabila peningkatan harga minyak dan tenaga mula menekan kos sara hidup rakyat.Situasi ini berpunca daripada pelbagai faktor termasuk ketegangan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta peralihan kepada sumber tenaga baharu yang belum stabil sepenuhnya.Akibatnya, harga bahan api di pasaran antarabangsa menjadi tidak menentu dan memberi tekanan kepada negara pengimport tenaga.Di Malaysia, kesan tersebut mula dirasai apabila kos pengangkutan meningkat, sekali gus mendorong kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.Peniaga terpaksa menyesuaikan harga bagi menampung kos operasi yang lebih tinggi, manakala pengguna pula berdepan perbelanjaan harian semakin bertambah.Oleh itu, rakyat berharap agar kerajaan tampil dengan inisiatif yang lebih tersusun dan bersasar dalam menangani kesan krisis tenaga global semakin memberi tekanan kepada kos sara hidup ketika ini.Golongan berpendapatan rendah dan sederhana merupakan antara yang paling terkesan.Sehubungan itu, pelbagai pihak khususnya pemerintah perlu mengambil langkah lebih menyeluruh dan strategik bagi menangani kesan krisis ini.Pendekatan yang seimbang antara perlindungan rakyat dan kestabilan ekonomi amat penting bagi memastikan negara mampu berdepan cabaran krisis tenaga global dengan lebih berdaya tahan.Harap tiada penarikan subsidi dilakukan secara mendadakRakyat khususnya dalam kalangan pekerja swasta berharap kerajaan dapat memastikan tiada penarikan subsidi dilakukan secara mendadak kerana ia akan memberi kesan langsung kepada golongan yang benar-benar memerlukan, termasuk melibatkan subsidi bahan api RON95.Selain itu, kerajaan disaran memperluaskan kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta sektor swasta bagi memastikan penggunaan tenaga elektrik kekal terkawal dan tidak membebankan rakyat, di samping menggalakkan penggunaan tenaga solar di peringkat isi rumah sebagai langkah jangka panjang berdepan peningkatan kos akibat krisis global.Dalam usaha meringankan beban kos pengangkutan, kerajaan juga dicadang menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam percuma dalam radius tiga kilometer dari kediaman ke tempat kerja, khususnya bagi pekerja yang tidak berpeluang bekerja dari rumah.Bagi membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup, pemberian tambahan sebanyak RM100 kepada setiap rakyat Malaysia juga wajar dipertimbangkan bagi menampung perbelanjaan makanan yang semakin meningkat.- Kakitangan swasta, Mohd Faizal Badarudin, 41Pantau perkembangan semasaKetika ini, ketegangan geopolitik kembali memuncak susulan konflik melibatkan Iran dan Israel yang turut membabitkan Amerika Syarikat, sekali gus menggugat kestabilan ekonomi serta ekosistem global.Sehubungan itu, rakyat berharap kerajaan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil pendekatan lebih agresif bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung akibat kenaikan harga bahan api.Dalam masa sama, langkah pengurangan subsidi minyak kepada RM200 dilihat wajar dinilai semula dengan pelarasan secara berperingkat mengikut keadaan semasa.Harga diesel juga perlu dikawal rapi bagi mengelakkan kenaikan berterusan yang boleh memberi kesan berantai kepada kos barangan dan perkhidmatan.Rakyat berharap kerajaan dapat merangka formula yang lebih komprehensif dan berkesan untuk menyokong sektor-sektor yang terjejas akibat peningkatan harga minyak, sekali gus memastikan aktiviti ekonomi dapat diteruskan tanpa memberi tekanan tambahan kepada pengguna.- Pensyarah universiti swasta, Profesor Dr Hamdan Daniel M Sharib, 48Inisiatif yang lebih menyeluruhRakyat berharap kerajaan dapat memperkenalkan inisiatif yang lebih menyeluruh dalam menghadapi krisis tenaga global yang semakin mencabar, khususnya bagi memastikan kesejahteraan hidup terus terpelihara.Golongan pengguna menekankan kepentingan mengekalkan harga barangan bersubsidi agar tidak berlaku sebarang kenaikan yang boleh membebankan, terutama kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana yang sangat bergantung kepada bantuan tersebut.Selain itu, kerajaan diharap dapat memberi jaminan berterusan terhadap bekalan makanan dan tenaga supaya sentiasa mencukupi serta tidak terjejas akibat ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia.Pengawalan harga barangan keperluan harian juga perlu diperkukuhkan bagi memastikan tiada kenaikan mendadak atau melampau yang boleh memberi tekanan kepada perbelanjaan rakyat.Dalam masa sama, pemantauan rapi terhadap rantaian bekalan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pencatutan harga perlu dipertingkatkan bagi melindungi pengguna daripada sebarang manipulasi pasaran.- Eksekutif perakaunan dan pentadbiran, Norlila Md Yunus, 50Wajar perkenalkan pelbagai inisiatifSecara umum, saya berpendapat kerajaan wajar memperkenalkan pelbagai inisiatif dalam berdepan tekanan kos hidup, namun pelaksanaannya perlu dilakukan secara bijak dan bersasar bukan sekadar memberi bantuan tanpa kawalan yang jelas.Bagi memastikan keberkesanan, antara pendekatan yang lebih sesuai termasuk pelaksanaan subsidi bersasar yang memberi tumpuan kepada golongan B40 dan M40, pemberian bantuan tunai secara sementara ketika berlaku lonjakan harga dan galakan penggunaan tenaga alternatif seperti solar dan kenderaan elektrik.Selain itu, kawalan harga dan pemantauan yang ketat juga penting bagi mengelakkan sebarang kenaikan melampau oleh pihak tidak bertanggungjawab.- Presiden Pertubuhan Kebajikan EPS Malaysia, Asrul Effendi Desa, 53
Go to News Site