Collector
Tak sedar air pasang, wanita terkandas tengah laut | Collector
Tak sedar air pasang, wanita terkandas tengah laut
Sinar Harian

Tak sedar air pasang, wanita terkandas tengah laut

KUANTAN – Seorang wanita berusia 24 tahun berdepan detik cemas apabila terkandas di beting pasir di Pantai Balok di sini selepas tidak menyedari air laut mula pasang pada Ahad.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.37 pagi.Menurutnya, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng dengan sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian."Mangsa dikatakan turun ke beting pasir sebelum air pasang hingga menyebabkan dia terkandas."Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat menggunakan bot getah untuk membawa mangsa merentasi air sedalam kira-kira satu meter ke kawasan selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, lokasi mangsa dianggarkan kira-kira 100 meter dari sisir pantai dan mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.Sehubungan itu, Mohd Salahuddin menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan berada di beting pasir ketika perubahan air laut.Beliau menambah, ini kerana kawasan tersebut boleh ditenggelami dalam tempoh singkat apabila air pasang."Orang ramai juga digalakkan menyemak jadual pasang surut, tidak berada di kawasan berisiko secara bersendirian."Kalau boleh sentiasa mengenal pasti laluan selamat bagi mengelakkan kejadian sama berulang," tegasnya.

Go to News Site