Sinar Harian
PUTRAJAYA – Kerajaan tidak berhasrat untuk mengkomersialkan penggunaan Pangkalan Data Utama (PADU) di pasaran terbuka, sebaliknya mengekalkan platform itu sebagai kemudahan sokongan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, tumpuan PADU ketika ini adalah membantu agensi kerajaan dalam proses pengesahan serta analisis data, bukan sebagai sumber hasil."Saya tidak fikir kami mahu komersialkan data PADU kerana tumpuannya kepada adalah perkhidmatan kerajaan," katanya menerusi sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian dan Hala Tuju PADU, di sini pada Isnin.Menurut beliau, pendekatan itu selari dengan peranan PADU sebagai sistem sokongan utama yang menghubungkan data merentas pelbagai agensi.Katanya, selepas fasa pembangunan selesai, kerajaan kini memberi fokus kepada penggunaan platform berkenaan dalam operasi harian sektor awam."Fasa pembinaan itu dah selesai, sekarang ini adalah fasa memberikan perkhidmatan," ujarnya.PADU dibangunkan pada tahun 2023 dengan menggunakan 100 peratus kepakaran penjawat awam bagi mengurangkan risiko kebocoran data kepada pihak ketiga.Ia dilancarkan pada 2024 bersekali dengan pendaftaran rakyat sebelum sistem berkenaan siap dan mula digunakan sepenuhnya pada tahun lalu.
Go to News Site