Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki menempuh detik menakutkan apabila dikurung selama tiga hari di sebuah unit inap desa gara-gara menjadi penjamin rakannya yang dipercayai berhutang judi.Mangsa warga China berusia 36 tahun itu bagaimanapun diselamatkan polis dalam satu serbuan di sebuah unit rumah di Sunway Velocity, Jalan Peel, di sini kira-kira jam 9 malam, Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati mangsa dijadikan 'penjamin' kepada rakannya yang berhutang sebanyak RM100,000."Keadaan menjadi tegang apabila rakan mangsa dipercayai melarikan diri tanpa melunaskan hutang tersebut."Susulan itu, mangsa kemudiannya dikurung oleh suspek sebagai tekanan supaya hutang berkenaan dijelaskan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, mangsa dipercayai ditahan selama tiga hari sebelum berjaya diselamatkan dalam operasi berkenaan."Dua lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan dalam serbuan berkenaan bagi membantu siasatan."Polis juga merampas beberapa barangan termasuk serangkai kunci rumah, kad akses serta dua telefon bimbit," ujarnya.Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan."Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari, manakala usaha mengesan dalang utama yang masih bebas sedang giat dijalankan," katanya.
Go to News Site