Collector
Pembangkang rujuk Arafat ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak isu Sanusi | Collector
Pembangkang rujuk Arafat ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak isu Sanusi
Sinar Harian

Pembangkang rujuk Arafat ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak isu Sanusi

IPOH – Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah mengemukakan satu usul bagi merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.Usul tersebut dikemukakan oleh ADUN Trong, Muhammad Faisal Abdul Rahman kepada Pejabat Speaker DUN Perak di bawah Peraturan Mesyuarat 40(1) serta 40(3)(a) dan (b) Perintah Tetap DUN Perak Darul Ridzuan.Menurutnya, tindakan itu dibuat susulan kenyataan dikeluarkan oleh Muhamad Arafat dalam persidangan DUN pada 16 April lalu yang didakwa mengelirukan dewan serta bersifat sangkaan buruk.Katanya, berdasarkan draf Penyata Rasmi (Hansard) bertarikh 16 April 2026, ADUN Hulu Kinta didakwa mengaitkan isu ketirisan dengan pentadbiran kerajaan negeri Kedah serta menggesa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor meletakkan jawatan."Kenyataan tersebut tidak berasas dan bersifat fitnah kerana tiada bukti dikemukakan ketika diminta menjelaskan bentuk ketirisan yang dimaksudkan."Ketika diminta penjelasan, beliau (Muhamad Arafat) hanya merujuk kepada defisit dan laporan audit tanpa mengemukakan bukti khusus berhubung dakwaan ketirisan tersebut," katanya dalam usul berkenaan.Tambahnya, kenyataan itu juga didakwa menimbulkan sangkaan buruk terhadap Menteri Besar Kedah selain berpotensi mengelirukan dewan.Sehubungan itu, beliau berpandangan ADUN Hulu Kinta perlu dipertanggungjawabkan terhadap kenyataan yang dibuat selaras dengan Perintah Tetap 40(3)(a).Pada 16 April lalu, DUN Perak kecoh apabila Muhamad Arafat membuat perbandingan dari segi kutipan hasil serta pelaburan di antara Perak dan Kedah.

Go to News Site