Collector
Maulizan tidak rayu, serah keputusan kepada UMNO | Collector
Maulizan tidak rayu, serah keputusan kepada UMNO
Sinar Harian

Maulizan tidak rayu, serah keputusan kepada UMNO

SHAH ALAM – Bekas Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang memaklumkan masih belum menerima sebarang keputusan rasmi berhubung status penggantungan keahliannya setakat ini.Menurutnya, tiada makluman sama ada tempoh penggantungan tersebut ditarik balik atau dipendekkan oleh pihak parti."Saya tidak menerima sebarang makluman sama ada penggantungan saya ditarik balik atau dipendekkan tempoh."Saya juga tidak membuat sebarang surat rayuan kerana dimaklumkan tiada syarat untuk melepaskan individu yang digantung," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Pada Januari 2023, Maulizan bersama beberapa pemimpin UMNO antaranya Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif dan Ahli MKT UMNO, Fathul Bari Mat Jahya digantung keahlian selama enam tahun.Rentetan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, parti itu menerima 6,252 permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, selain permohonan daripada ahli baharu.Beliau turut mengesahkan, terdapat ramai bekas ahli UMNO yang kini berada dalam parti lain, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah bertemu dengannya secara tidak rasmi untuk menyuarakan hasrat kembali kepada UMNO.Dalam pada itu Maulizan menjelaskan, akan menunggu keputusan rasmi daripada pucuk pimpinan parti berhubung perkara berkenaan."Saya difahamkan Shahril dan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Yusof Usima pun sama kedudukannya."Saya tunggu sahaja keputusan UMNO," ujarnya.

Go to News Site