Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Dron Matrice 210 RTK dan Matrice 600 yang digunakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam tugas mencari dan menyelamat (SAR) menjadi tumpuan pengunjung dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di sini.DSA dan NATSEC Asia 2026 berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula Isnin hingga Khamis.Ketua Unit Latihan Bahagian Udara JBPM, Muhammad Fadzli Abu Bakar berkata, Bahagian Udara ditubuhkan pada tahun 1998 dengan aset awal diterima melibatkan dua unit helikopter dari Rusia.Menurutnya, hari ini empat model helikopter JBPM dipamerkan bersama dua unit dron."Bahagian Udara JBPM bukan sahaja menggunakan aset helikopter, tetapi juga dron bagi membantu jabatan melaksanakan operasi."Operasi SAR yang menggunakan helikopter antaranya membawa pesakit dari lokasi bencana seperti banjir besar dan melibatkan mangsa terperangkap selain menghantar bekalan makanan."Bagi aset dron Matrice 210 RTK, ia mempunyai ‘heat sensor’ dan digunakan bagi mencari mangsa hilang serta pernah digunakan dalam SAR mangsa jambatan runtuh di ibu negara beberapa tahun lalu."Dron ini berjaya menemui satu mangsa yang tersepit dan telah meninggal dunia di bahagian atas," katanya ketika ditemui Sinar Harian di reruai JBPM di sini.Bagi Matrice 600 pula, ia bersaiz lebih besar dengan kelebihan kotak kecil di bahagian bawah yang membolehkan muatan seberat kira-kira enam kilogram dengan jarak penerbangan sejauh empat kilometer serta dilengkapi kamera.Katanya, kotak itu akan memuatkan barangan bantuan awal kepada mangsa terperangkap."Contohnya, mangsa banjir, apabila dron terbang dan mengesan mangsa, kotak pada dron akan membawa bekalan bantuan awal termasuk sumber makanan seperti air dan roti selain radio bagi komunikasi dengan pasukan penyelamat sementara menunggu bot tiba," katanya."Antara operasi besar yang dilaksanakan dron ini ialah tragedi banjir besar di Sri Muda, Shah Alam pada tahun 2021," ujarnya.Jelasnya, dron ini memudahkan pencarian mangsa selain menjimatkan bahan api pesawat.
Go to News Site