Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Seorang jurutera rugi RM27,580 selepas diperdaya urusan khidmat seks dalam talian baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki berusia 28 tahun itu telah melayari aplikasi TikTok ketika berada di kediamannya di Bangsar pada 17 April lalu.Menurutnya, mangsa kemudian menekan satu pautan yang disambungkan ke WhatsApp sebelum ditawarkan pakej seks."Mangsa kemudian telah membuat 22 transaksi ke enam akaun berbeza."Selepas membuat semua bayaran berjumlah RM27,580, mangsa dikehendaki membuat bayaran tambahan namun berasa curiga sebelum laporan polis dibuat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, siasatan awal mendapati setiap pembatalan tempahan akan dikenakan caj dan sekiranya mangsa enggan mengikut arahan, mangsa akan ditularkan di media sosial.Tambahnya, polis telah menerima beberapa kes melibatkan modus operandi sama akhir-akhir ini.Tegas beliau, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Go to News Site