Collector
Pemandu bas ‘lalok’ positif syabu direman empat hari | Collector
Pemandu bas ‘lalok’ positif syabu direman empat hari
Sinar Harian

Pemandu bas ‘lalok’ positif syabu direman empat hari

ALOR GAJAH - Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Selasa membenarkan reman selama empat hari terhadap pemandu bas dipercayai ‘lalok’ selepas memandu dalam keadaan tidak selamat yang videonya tular minggu lalu.Perintah reman sehingga Jumaat ini terhadap suspek berusia 53 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee.Terdahulu suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Alor Gajah sekitar jam 9 pagi menaiki kenderaan polis.Pemandu bas berkenaan hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Alor Gajah sekitar jam 12.10 tengah hari pada Isnin sebelum ditahan.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar mengesahkan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine (syabu).Beliau memaklumkan, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada 15 April sekitar jam 3.50 pagi ketika bas ekspres yang membawa 13 penumpang itu dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju ke Johor Bahru, sementara video kejadian tersebut mula tular pada jam 1.05 petang, sehari selepas kejadian.Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan polis sedang mengesan pemandu bas berkenaan susulan tindakannya memandu secara berbahaya.Melalui video tular berdurasi satu minit 20 saat itu, suspek seperti ‘lalok’, memandu dalam keadaan duduk menyandar ke belakang dan hanya memegang stereng menggunakan sebelah tangan ketika kenderaan sedang bergerak pada waktu malam.

Go to News Site