Collector
Disambar buaya: SAR hari ketiga, Nur Aisyah belum ditemui - Bomba | Collector
Disambar buaya: SAR hari ketiga, Nur Aisyah belum ditemui - Bomba
Sinar Harian

Disambar buaya: SAR hari ketiga, Nur Aisyah belum ditemui - Bomba

LAHAD DATU - Identiti kanak-kanak yang dilaporkan disambar buaya di tepi pantai Jalan Felda Sahabat 16, Desa Kencana di sini pada Ahad lalu telah dikenal pasti.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mangsa dikenali sebagai Nur Aisyah Talip, berusia lima tahun.Menurutnya, operasi hari ketiga bermula seawal jam 9 pagi melibatkan tujuh anggota bersama agensi lain."Seterusnya, operasi SAR dijalankan menggunakan bot bomba dengan menyusuri pesisir laut dalam radius 10 kilometer (km) dari lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya bersama agensi penyelamat."Setakat ini, belum ada sebarang petunjuk mengenai mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kanak-kanak itu hilang selepas disambar buaya ketika mandi di pantai tersebut.Dalam kejadian itu, penduduk memaklumkan bahawa mangsa dilihat sudah berada di dalam mulut haiwan tersebut.

Go to News Site