Collector
Anggota polis dalam video tular disiasat | Collector
Anggota polis dalam video tular disiasat
Sinar Harian

Anggota polis dalam video tular disiasat

KULIM - Polis mengarahkan anggota yang terlibat dalam rakaman video tular memaparkan kejadian seorang lelaki ditarik daripada motosikal sebelum ditangkap, di Jalan Tunku Putra, di sini, disiasat.Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintenden Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng berkata, siasatan akan dijalankan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika tangkapan dibuat."Kita arahkan JIPS untuk siasat dan kaji dari segi pematuhan SOP tangkapan."Anggota itu juga ditukarkan ke bahagian pentadbiran sementara menunggu siasatan oleh pihak JIPS," katanya.Menurutnya, dalam perkembangan sama, reman ke atas suspek lelaki yang ditahan dalam kejadian itu dibenarkan selama tiga hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.Sebelum ini, media melaporkan, seorang lelaki ditahan selepas cuba melarikan diri ketika anggota menjalankan rondaan cegah jenayah pada pagi Isnin.Terdahulu, suspek didakwa bertindak menendang motosikal anggota sebelum melarikan diri dengan menunggang secara berbahaya dan melawan arus sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang suspek menemukan dua bungkusan plastik lutsinar disyaki mengandungi air ketum, manakala ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine.Tular di media sosial, satu video berdurasi 29 saat itu menunjukkan, seorang lelaki ditarik dari motosikal sehingga terjatuh sebelum kepalanya dipijak anggota polis.Kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Go to News Site