Collector
Polis pijak kepala suspek: Jangan hukum berdasarkan video pendek, kata Saifuddin | Collector
Polis pijak kepala suspek: Jangan hukum berdasarkan video pendek, kata Saifuddin
Sinar Harian

Polis pijak kepala suspek: Jangan hukum berdasarkan video pendek, kata Saifuddin

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan atau menghukum mana-mana pihak hanya berdasarkan rakaman video pendek berhubung insiden tular membabitkan dakwaan seorang anggota polis memijak kepala suspek di Kulim, Kedah.Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakaman yang tersebar di media sosial hanya memaparkan detik singkat tanpa menggambarkan keseluruhan situasi ketika kejadian berlaku."Yang kita tengok itu tempohnya sangat singkat, namun sebelum itu bagaimana? Sebelum itu, adakah subjek yang ditahan bertindak agresif? Adakah dia menggerakkan motosikal melawan arus? Adakah berlaku insiden dia melanggar kenderaan polis?"Saya bagi beberapa tip, beberapa ‘hint’," katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakaman video berdurasi 29 saat yang tular di media sosial memaparkan kejadian membabitkan anggota polis dan seorang suspek.Dalam rakaman itu, seorang suspek dilihat ditarik daripada motosikal sehingga terjatuh sebelum kepalanya dipijak oleh anggota berkenaan.Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan pihaknya telah mengarahkan Ketua Polis Kedah menyegerakan siasatan bagi meneliti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam insiden berkenaan.Menurutnya, sebarang tindakan lanjut termasuk kemungkinan merujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) hanya akan diputuskan selepas siasatan lengkap dijalankan."Kalau pada akhir siasatan itu menunjukkan ada keperluan untuk menggerakkan JIPS bagi menilai sama ada terdapat pelanggaran SOP atau tidak, saya perlu meneliti semua aspek. Tidak boleh membuat tindakan semberono."Itu akan merentap semangat anggota polis ketika menjalankan penguatkuasaan kerana suspek kadangkala bersikap agresif," ujar beliau.

Go to News Site