Collector
Karnival kerjaya premium PERKESO tawar 10,000 peluang kerja, tangani ketidaktentuan global | Collector
Karnival kerjaya premium PERKESO tawar 10,000 peluang kerja, tangani ketidaktentuan global
Sinar Harian

Karnival kerjaya premium PERKESO tawar 10,000 peluang kerja, tangani ketidaktentuan global

SHAH ALAM - Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bakal menganjurkan Karnival Kerjaya Premium MYFutureJobs 2026 selama dua hari mulai Sabtu ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan menyasarkan lebih 10,000 pencari kerja.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, ia sebagai langkah memperkukuh ketahanan pasaran buruh susulan kebimbangan kesan ketegangan geopolitik di Asia Barat.Menurutnya, meskipun tiada pembuktian secara langsung, namun laporan berita yang mendedahkan lebih 5,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan pada bulan lalu tidak wajar dipandang enteng."Berdasarkan statistik PERKESO, terdapat peningkatan jumlah permohonan faedah kehilangan pekerjaan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur."Peningkatan 18.3 peratus menyaksikan sebanyak 14,194 permohonan faedah kehilangan pekerjaan dicatatkan pada suku pertama tahun ini, berbanding 11,994 permohonan bagi faedah sama pada suku keempat 2025."Justeru, melihat kepada trend tersebut, intervensi awal digerakkan bagi menampan sebarang kemungkinan ekoran situasi semasa di Asia Barat yang akhirnya boleh menjejaskan rakyat Malaysia," jelasnya dalam satu kenyataan pada Selasa.Karnival kerjaya kali ini antara lain menampilkan penyertaan syarikat berkaitan kerajaan (GovernmentLinked Companies dan Government-Linked Investment Companies) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Amanah Raya, Permodalan Nasional Berhad, Agrobank, Tenaga Nasional Berhad, Pengurusan Aset Air Berhad dan Pos Logistics Berhad.Selain itu, barisan majikan ternama merangkumi VADS Business Process Sdn. Bhd., MIMOS Berhad, TH Properties Sdn. Bhd., KLCC Property Holdings Berhad, SD Guthrie Berhad, KPJ Healthcare Berhad, Boustead Properties Berhad, Alam Flora Sdn. Bhd, Edaran Otomobil Nasional Berhad dan DRB-HICOM Berhad.Penyertaan juga akan melibatkan lima bank utama negara iaitu Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Islam Malaysia Berhad.Tambah Ramanan, data PERKESO menunjukkan sektor paling terkesan ketika ini ialah pengangkutan dan logistik yang sebahagian besarnya disebabkan pengecilan tenaga kerja dan pelaksanaan Skim Pemisahan Sukarela (VSS)."Jika dilihat keadaan sekarang, konflik Asia Barat memberi kesan kepada rantaian bekalan terutama diesel yang secara tidak langsung meningkatkan kos operasi industri."Saya khuatir dalam usaha mengurangkan kos, majikan tamatkan perkhidmatan pekerja pula. Jadi, intervensi segera dilaksanakan kerajaan melalui agenda reformasi pasaran buruh yang lebih dinamik bagi mendepani cabaran ketidaktentuan pasaran."Selain memfokuskan kepada sektor berimpak tinggi seperti penjagaan kesihatan, teknologi maklumat, dan kewangan, penganjuran karnival kerjaya premium kali ini memberi penekanan khusus kepada transformasi struktur kerja," ujarnya.Dalam pada itu, Ramanan menegaskan KESUMA menerusi PERKESO komited mempromosikan Aturan Kerja Fleksibel (AKF) dan menyediakan akses peluang pekerjaan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memastikan tiada kumpulan sasar yang terpinggir.Katanya, usaha berkenaan dijangka mampu mengurangkan isu ketidakpadanan pekerjaan serta menyegerakan penempatan semula pekerja yang terjejas ke dalam sektor produktif yang lebih stabil."Justeru, usah berlengah dan daftar untuk menyertai Karnival Kerjaya melalui pautan https://myfuturejobs.gov.my/careerfair/," katanya

Go to News Site