Collector
[VIDEO] Hayati sirah, bukan sekadar ziarah | Collector
[VIDEO] Hayati sirah, bukan sekadar ziarah
Sinar Harian

[VIDEO] Hayati sirah, bukan sekadar ziarah

MADINAH – Dari Masjid Quba ke Bukit Uhud, seramai 800 jemaah haji Malaysia daripada kumpulan KT1, KT2 dan KT3 menyertai siri ziarah luar bagi mendalami sirah perjuangan Rasulullah SAW di bumi Madinah.Pengurus Bimbingan dan Ziarah Madinah Tabung Haji (TH), Mohamad Zahir Hussin berkata, program tersebut bukan sekadar lawatan fizikal ke tapak bersejarah, malah bertujuan memberi penghayatan mendalam kepada para Duyufurrahman mengenai pengorbanan baginda dalam menyebarkan syiar Islam.Menurut beliau, siri ziarah itu membawa para jemaah ke lokasi penting bermula dengan Masjid Quba, iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah SAW ketika berhijrah ke Madinah."Keistimewaan menziarahi dan mendirikan solat di Masjid Quba ini sangat besar ganjarannya, malah ia diumpamakan seperti melakukan satu kali umrah."Selain itu, ia menjadi ibrah (pengajaran) kepada kita tentang kepentingan masjid sebagai simbol penyatuan umat Islam," katanya.Tambah Mohamad Zahir, siri ziarah itu diteruskan ke ladang kurma bagi memperlihatkan betapa bumi Madinah yang penuh sejarah itu sememangnya sinonim dengan kehidupan Rasulullah SAW sejak zaman hijrah lagi.Jemaah turut dibawa ke Medan Uhud bagi menelusuri sirah peperangan kedua dalam sejarah Islam."Di Medan Uhud, kita dapat melihat lokasi persemadian para sahabat yang gugur syahid demi memastikan Islam terus bersinar dan sampai kepada kita pada hari ini."Dalam setiap perjalanan ke tempat-tempat bersejarah ini, kami mahu jemaah mendapat ibrah atau penghayatan tentang bagaimana perjuangan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bagi membawa sinar Islam yang kita nikmati kini," ujarnya.Dalam pada itu, Mohamad Zahir menasihati para hujjaj agar tidak menjadikan kunjungan ke Madinah sekadar lawatan melancong biasa."Jadikanlah Madinah ini bumi yang barakah. Di sinilah tertegaknya bandar Islam pertama dan masjid pertama. Diharapkan ziarah ini dapat dihayati sepenuhnya oleh para jemaah haji dan nilai tersebut dapat dibawa pulang ke tanah air nanti," katanya.Bagi pasangan suami isteri dari Klebang, Melaka, Faizul Idris, 50, dan Zaihasra Ruskiman, 49, pengalaman ziarah itu membuka dimensi baharu terhadap perjalanan haji mereka."Jika sebelum ini saya hanya membaca dalam buku sirah tentang perjuangan Rasulullah SAW, tetapi apabila berada di sini, barulah saya mendapat gambaran sebenar tentang pengorbanan yang saya sendiri rasa tidak mampu untuk lakukan," katanya.

Go to News Site