Collector
JKDM Pahang gagalkan penyeludupan e-waste bernilai RM3.09 juta | Collector
JKDM Pahang gagalkan penyeludupan e-waste bernilai RM3.09 juta
Sinar Harian

JKDM Pahang gagalkan penyeludupan e-waste bernilai RM3.09 juta

BENTONG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan sindiket penyeludupan sisa elektronik (e-waste) membabitkan lima kontena bernilai kira-kira RM3.09 juta dalam satu operasi di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, Selangor pada 2 April lepas.Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, rampasan itu hasil kerjasama beberapa agensi lain iaitu Jabatan Alam Sekitar Selangor, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Lembaga Pelabuhan Klang serta SIRIM Malaysia."Hasil serbuan di CP-HOLD Yard North Port, Pelabuhan Klang mendapati lima kontena bersaiz 40 kaki mengandungi e-waste seberat 88,392.12 kilogram (kg) dengan tiga kontena diimport dari Amerika Syarikat manakala masing-masing satu dari Panama dan Sepanyol," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.Mohd Asri berkata, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan taktik pengikraran tidak benar dengan mengisytiharkan barangan elektronik itu sebagai ‘Copper Concentrate’ dan ‘Acrylonitrile-Butadiene-Styrene (ABS) Plastic’ bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.Beliau berkata, e-waste berkenaan dipercayai dibawa masuk ke negara ini kerana Malaysia mempunyai kilang yang boleh mengitar semula bahan buangan itu bagi mendapatkan logam berharga seperti emas, tembaga dan aluminium.Mohd Asri berkata, tiada tangkapan dibuat dalam operasi itu dan pihaknya masih menyiasat syarikat yang terlibat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. - Bernama

Go to News Site