Collector
Curi sardin, tepung, 18 barang lain: Bapa dua anak dipenjara sebulan, denda RM300 | Collector
Curi sardin, tepung, 18 barang lain: Bapa dua anak dipenjara sebulan, denda RM300
Sinar Harian

Curi sardin, tepung, 18 barang lain: Bapa dua anak dipenjara sebulan, denda RM300

KUALA LUMPUR - Bapa dua anak dihukum penjara selama sebulan dan denda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, kerana mencuri pelbagai barangan keperluan harian termasuk dua tin sardin dan tepung serbaguna di sebuah pasar raya, minggu lalu.Pemandu e-hailing, Mohd Rashid Mohd Noh, 44, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Faezahnoor Hassan.Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 18 April lalu, dan akan dipenjara tujuh hari lagi sekiranya gagal membayar denda dikenakan.Mengikut pertuduhan, lelaki itu mencuri 20 barangan antaranya sardin, tepung serbaguna, pencuci pinggan mangkuk, sabun mandian, penyegar udara dan pencuci muka berjumlah RM404.22 di sebuah pasar raya di Taman Maluri, jam 8.10 malam pada 18 April lalu.Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara, denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farhana Mohd Poad mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran.Bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Soosai Raj merayu anak guamnya dikenakan hukuman penjara yang singkat."Dia tidak mampu untuk membayar denda dan menanggung dua anak yang masih bersekolah," katanya.

Go to News Site