Sinar Harian
SUNGAI PETANI - Polis menahan seorang lelaki dikesan memandu treler dalam keadaan mabuk di Jalan Sidam Kiri di sini sekitar jam 1 petang Selasa.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik yang menjalankan Op Mabuk sekitar daerah ini.Bagaimanapun, menurutnya, semakan lanjut terhadap lesen memandu suspek mendapati lelaki terbabit dipercayai memiliki dua lesen memandu palsu."Hasil ujian saringan awal mendapati pemandu berkenaan positif alkohol sebelum ujian lanjut turut mengesahkan dia memandu bawah pengaruh alkohol."Semakan lesen memandu turut mengesyaki suspek memiliki dua lesen palsu," katanya.Menurut Hanyan, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan permohonan reman akan dibuat pada Rabu.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 45 Akta Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana disyaki memandu bawah pengaruh alkohol.
Go to News Site