Collector
Pasangan kekasih beli rokok guna resit palsu di Melaka dicekup | Collector
Pasangan kekasih beli rokok guna resit palsu di Melaka dicekup
Sinar Harian

Pasangan kekasih beli rokok guna resit palsu di Melaka dicekup

MELAKA - Sepasang kekasih dicekup polis selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan urusan pembayaran menggunakan resit palsu di sekitar daerah Melaka Tengah sejak Mac lalu.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, tangkapan dibuat hasil serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sebuah rumah di Jalan Kampungku Sayang pada jam 3.31 petang, Isnin lalu.Menurutnya, serbuan itu membawa kepada penahanan dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 25 hingga 32 tahun merupakan pasangan kekasih"Siasatan awal mendapati modus operandi digunakan adalah dengan membeli rokok dalam kuantiti besar di stesen minyak sekitar Melaka Tengah sebelum membuat bayaran menggunakan resit palsu."Resit tersebut dipercayai telah diubah suai menggunakan aplikasi WPS Office bagi memperdaya peniaga," katanya menerusi kenyataan.Beliau berkata, kejayaan itu membolehkan polis menyelesaikan enam kes penipuan melibatkan modus operandi sama dengan jumlah kerugian sebanyak RM2,955.50.Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan kerana menipu serta menggunakan dokumen palsu sebagai tulen.Tambah beliau, suspek telah direman selama empat hari bermula Selasa hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.Beliau menasihatkan orang ramai khususnya pemilik perniagaan supaya lebih berwaspada semasa berurusan dengan pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kaedah QR Pay atau pemindahan wang dalam talian dengan memastikan transaksi disahkan terlebih dahulu sebelum pelanggan beredar dari premis.

Go to News Site