Collector
Saluran terbuka UMPSA perluas akses pendidikan tinggi | Collector
Saluran terbuka UMPSA perluas akses pendidikan tinggi
Sinar Harian

Saluran terbuka UMPSA perluas akses pendidikan tinggi

KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui UMPSA Advanced terus memperkukuh komitmen dalam memperluas akses pendidikan tinggi menerusi pembukaan laluan kemasukan saluran terbuka (Open Intake) bagi sesi Julai 2026.Inisiatif tersebut menyediakan peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi melalui laluan yang lebih fleksibel, pantas dan mudah diakses tanpa perlu menunggu sesi pengambilan utama.UMPSA berkata, sebagai universiti teknikal yang menduduki kedudukan nombor satu dalam rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), UMPSA menawarkan pendidikan yang memfokuskan industri dengan menekankan kemahiran teknikal, kebolehpasaran serta kesiapsiagaan graduan untuk memenuhi keperluan sektor pekerjaan semasa."Melalui saluran terbuka, pelajar berpeluang memilih program asasi serta pelbagai program diploma dalam bidang kejuruteraan, teknologi kejuruteraan, sains dan komputer."Pendekatan kemasukan yang lebih anjal ini memberi ruang kepada pelajar merancang laluan pendidikan secara lebih strategik serta menyediakan laluan yang lancar ke peringkat pengajian lebih tinggi," menurut UMPSA menerusi satu kenyataan.UMPSA turut mencatatkan prestasi cemerlang dalam aspek kebolehpasaran graduan dengan kadar graduan bekerja atau Graduate Employability (GE) sebanyak 99.1% dan kadar kebolehpasaran graduan Graduate Marketability (GM) sebanyak 99.0% bagi tahun 2024, sekali gus mencerminkan keberkesanan ekosistem pembelajaran berasaskan industri yang ditawarkan.Selain kecemerlangan akademik dan kebolehpasaran, UMPSA juga komited terhadap kelestarian apabila menerima pengiktirafan Eco-Campus Green Flag, memperkukuh peranan universiti dalam membentuk graduan yang bukan sahaja kompeten, malah berdaya saing dan peka terhadap tanggungjawab sosial serta alam sekitar.Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada pelajar di seluruh negara, khususnya di Pahang dan negeri-negeri sekitar, dalam mendapatkan akses kepada pendidikan tinggi berkualiti dalam bidang teknikal dan teknologi.Pada masa sama, ia turut menyokong agenda pembangunan modal insan negara serta keperluan tenaga kerja berkemahiran tinggi selaras dengan perkembangan pesat sektor industri.Orang ramai, khususnya lepasan SPM 2025, digalakkan merebut peluang ini dengan membuat permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi Open Intake UMPSA di pautan https://open-intake.umpsa.edu.my/Permohonan kini dibuka dan tempat adalah terhad.

Go to News Site