Collector
Syarifah Nur Anissa bangunkan dron 'The Ghost' untuk industri pertahanan | Collector
Syarifah Nur Anissa bangunkan dron 'The Ghost' untuk industri pertahanan
Sinar Harian

Syarifah Nur Anissa bangunkan dron 'The Ghost' untuk industri pertahanan

KUALA LUMPUR - Cekal dan tidak mahu mengalah menjadi penguat semangat seorang wanita tempatan untuk terus bersaing dalam industri pertahanan, keselamatan dan teknologi canggih.Pengarah Syarikat Shah Maju Global Sdn Bhd, Syarifah Nur Anissa Syed Shabahar berkata, syarikat mula ditubuhkan pada tahun 2012.Menurutnya, sebagai seorang wanita yang berkecimpung dalam industri ini sudah pasti merupakan satu kelainan serta memerlukan semangat yang kuat kerana majoriti pemain industri ialah di kalangan lelaki dan berlatar belakang daripada pasukan keselamatan."Kami bermula dengan membekalkan produk beg juruterbang, kemudian alat navigasi."Kemudahan ini bermula dari sedikit demi sedikit hingga akhirnya lengkap," katanya ketika ditemui Sinar Harian reruainya dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.DSA dan NATSEC Asia 2026 yang mengangkat tema 'Memperkasa Keupayaan dan Ketahanan Menerusi Teknologi' itu berlangsung selama empat hari bermula 20 April.Mengulas lanjut, kata wanita berusia 33 tahun itu, syarikat miliknya kini dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) dron pemintas yang menggunakan kepakaran tempatan.Jelasnya, dron diberi nama 'The Ghost' yang dilengkapi sistem teknologi kecerdasan buatan (AI) kini sudah berjaya melaksanakan fasa latihan."Dron ini mampu terbang dengan ketinggian sehingga lima kilometer (km) dengan jauh sehingga 10 km, manakala kelajuan 300km/jam," ujarnya.Anak jati Bagan Datuk itu juga memaklumkan, syarikat miliknya turut menghasilkan pelbagai produk tempatan berkualiti antara topi keledar juruterbang, pakaian taktikal termasuklah but dan sut."Diharap kerajaan dapat terus memberi sokongan kepada syarikat tempatan dalam industri pertahanan," ujarnya.Justeru, Syarifah Nur Anissa turut menyeru wanita di luar agar usah menghadkan diri untuk terus bersaing dengan sihat.

Go to News Site