Sinar Harian
KUANTAN - Seorang pengurus jualan sebuah syarikat pembekal barangan kesihatan direman tiga hari sehingga Khamis kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan kira-kira RM54,000.Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan oleh Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali di Mahkamah Raub pada pagi Selasa selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang.Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 8.30 malam Isnin lalu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Raub."Siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan pada tahun 2025 melibatkan tuntutan pembekalan peralatan pembedahan."Suspek dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) daerah Lipis bagi tujuan tuntutan berkenaan," katanyaSementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Go to News Site