Collector
Gara-gara sepakan gunting ke muka Jairo, Ali Majrashi dihukum AFC | Collector
Gara-gara sepakan gunting ke muka Jairo, Ali Majrashi dihukum AFC
Sinar Harian

Gara-gara sepakan gunting ke muka Jairo, Ali Majrashi dihukum AFC

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) mengenakan tindakan tegas terhadap pemain pertahanan Al Ahli, Ali Majrashi susulan tindakannya terhadap pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Jairo dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada Jumaat lalu.Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada Ali Majrashi selepas didapati bersalah melakukan kekasaran dan pelanggaran serius mengikut Artikel 47 Kod Tatatertib dan Etika AFC.Insiden tersebut berlaku pada minit ke-36 dalam aksi yang berlangsung di Stadium King Abdullah Sports City Hall, Jeddah apabila cubaan sepakan gunting Ali Majrashi ketika mahu mengeluarkan bola telah terkena muka Jairo.Akibat insiden itu, Jairo mengalami kecederaan pada bahagian mulut dan terpaksa menerima beberapa jahitan di bibir.Hukuman gantung tiga perlawanan itu merangkumi satu penggantungan automatik yang telah dilaksanakan ketika aksi menentang Vissel Kobe pada 20 April dan turut terlepas aksi final ACLE.Dua lagi hukuman perlawanan akan dibawa ke perlawanan seterusnya mengikut Artikel 38 Kod Tatatertib AFC.Selain penggantungan, pemain itu turut diarahkan membayar denda sebanyak AS$2,000 (RM7,900) dalam tempoh 30 hari.Dalam pada itu, kelab Al Ahli turut tidak terlepas daripada tindakan disiplin apabila didenda sebanyak AS$7,000 (RM27,674) atas kesalahan salah laku pasukan.Hukuman tersebut membabitkan denda AS$3,500 (RM13,837) kerana melanggar Artikel 15 Manual Operasi Pertandingan AFC selepas pasukan itu menyebabkan kelewatan permulaan separuh masa kedua selama tiga minit dan 20 saat.Ia merupakan kesalahan keempat yang dilakukan oleh kelab berkenaan dalam tempoh residivisme (pengulangan kesalahan).Baki denda AS$3,500 lagi dikenakan di bawah Artikel 53.1 Kod Tatatertib AFC susulan tindakan enam pemain pasukan itu yang dikenakan tindakan oleh pengadil sepanjang perlawanan tersebut.

Go to News Site