Collector
Bukan tumpahan minyak tapi pemandu hilang kawalan - Polis | Collector
Bukan tumpahan minyak tapi pemandu hilang kawalan - Polis
Sinar Harian

Bukan tumpahan minyak tapi pemandu hilang kawalan - Polis

KAJANG - Polis menafikan dua kemalangan di lokasi sama di Jalan Semenyih bukan disebabkan tumpahan minyak seperti tular di media sosial.Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian pertama jam 5.30 pagi Selasa, kemalangan membabitkan kereta dipercayai terbabas sendiri."Siasatan mendapati kereta Honda City dipandu lelaki berusia 24 tahun, hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang lampu yang berada di pembahagi jalan akibat cuaca hujan dan jalan licin, mangsa tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Naazron berkata, dua jam selepas itu, di lokasi sama berlaku kemalangan membabitkan sebuah kereta warna putih yang terbabas sendiri kerana brek secara mengejut selepas terlihat kereta Honda City rosak itu."Pada masa yang sama sebuah motosikal yang berada di belakang turut terjatuh kerana membrek secara mengejut dan cuba mengelak kenderaan yang hilang kawalan."Kereta tidak mengalami kerosakan dan pemandu tidak cedera namun penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan meninggalkan lokasi selepas kejadian," katanya.Beliau berkata, pemandu kereta dan penunggang motosikal belum tampil membuat laporan polis."Pihak bomba telah hadir di lokasi kejadian dan mengambil tindakan membersihkan tumpahan minyak dari kenderaan Honda City yang terbabas dengan menabur habuk kayu."Kedua-dua kemalangan yang berlaku bukan disebabkan tumpahan minyak," katanya.Katanya, kes telah disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Sarjan Kamal Rajeli di talian 019-3148482"Pihak polis menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan sentiasa berhati-hati semasa memandu," katanya.

Go to News Site