Collector
Reformasi pengurusan dana perlu disegerakan – ABIM | Collector
Reformasi pengurusan dana perlu disegerakan – ABIM
Sinar Harian

Reformasi pengurusan dana perlu disegerakan – ABIM

PUTRAJAYA – Reformasi menyeluruh terhadap sistem pengurusan dana termasuk zakat dan sumbangan kebajikan perlu disegerakan bagi menutup ruang ketirisan serta salah guna amanah.Ia susulan beberapa kes berprofil tinggi yang membabitkan dakwaan penyelewengan dana awam.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, isu yang timbul tidak wajar dilihat sebagai kes terpencil, sebaliknya mencerminkan keperluan mendesak untuk memperkukuh struktur tadbir urus sedia ada supaya lebih telus, seragam dan berkesan."Penubuhan badan pemantau seperti Suruhanjaya Amal atau Charity Commission Malaysia wajar dipercepatkan bagi memastikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi kebajikan beroperasi dengan lebih telus dan berintegriti."Dalam masa sama, penggunaan teknologi untuk menjejak aliran dana serta audit yang lebih konsisten perlu diperkasakan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Ahmad Fahmi berkata, pengurusan dana umat termasuk zakat bukan sekadar soal kewangan tetapi ia berkait dengan amanah yang berkait dengan kehidupan golongan yang memerlukan.Apabila berlaku ketirisan, katanya, kesannya bukan sahaja kepada angka tetapi kepada kepercayaan masyarakat dan nasib mereka yang sepatutnya dibantu."ABIM juga berpandangan bahawa kutipan dana umat termasuk zakat yang dijalankan merentas negeri atau di luar kawasan asal perlu diselaraskan dengan lebih jelas."Mekanisme seperti pewartaan, garis panduan yang seragam dan pemantauan yang konsisten adalah penting bagi memastikan ketelusan serta mengelakkan kekeliruan atau ketirisan."Langkah ini bukan bertujuan menyekat tetapi untuk melindungi amanah masyarakat dan memastikan bantuan benar benar sampai kepada yang berhak," ujarnya.Beliau turut mengingatkan semua pihak bahawa integriti bukan sekadar soal pematuhan kepada prosedur, tetapi soal nilai dan tanggungjawab.

Go to News Site