Collector
Suri rumah rugi lebih RM108,000 dijerat skim pelaburan saham tidak wujud | Collector
Suri rumah rugi lebih RM108,000 dijerat skim pelaburan saham tidak wujud
Sinar Harian

Suri rumah rugi lebih RM108,000 dijerat skim pelaburan saham tidak wujud

MARAN- Seorang suri rumah bukan sahaja gagal menikmati pulangan lumayan dijanjikan malah wang simpanan, wang pinjaman dari keluarga dan rakan berjumlah lebih RM108,000 lesap apabila skim pelaburan dalam talian yang disertai sejak tahun lalu rupanya tidak wujud.Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, wanita berusia 51 tahun itu dipercayai terjebak dengan sindiket penipuan tersebut selepas berkenalan dengan seorang individu melalui Facebook.Menurutnya, mangsa berhubung dengan suspek melalui aplikasi Whatsapp sebelum diperkenalkan dengan satu skim pelaburan saham menawarkan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat."Mangsa tertarik untuk menyertainya lalu berurusan dengan individu sebagai ketua dan penyelia pelaburan itu untuk urusan selanjutnya."Berdasarkan keterangan, wanita itu telah membuat 13 transaksi bayaran modal pelaburan melalui 14 akaun bank berbeza seperti yang diarahkan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Kim Wai berkata, dalam tempoh 10 Disember 2025 hingga 2 Februari lalu, mangsa telah membuat bayaran dengan jumlah keseluruhan RM108,027."Bagaimanapun, selepas bayaran dibuat, mangsa mendakwa tidak menerima sebarang pulangan seperti yang dijanjikan malah dia sebaliknya diminta untuk membuat pelbagai bayaran tambahan."Syak telah ditipu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Jelas beliau, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan."Pihak polis kini sedang siasatan lanjut bagi mengesan suspek dan mengumpulkan keterangan berkaitan," ujarnya.Justeru itu, Kim Wai menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat."Elakkan membuat sebarang transaksi kewangan kepada akaun yang mencurigakan."Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penipuan boleh disalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.

Go to News Site